Wednesday, May 6, 2015

Resepi Nasi Ayam

Assalamualaikum iera harap semua sihat-sihat belaka..

Nah hari ni nak cerita ttg nasi ayam macam yang korang baca tajuk di atas tu ha.. Nasi ayam ni mmg sedap dan tak mengecewakan. Iera dengan husb makan sekor ayam habis hehe.. mmag sedap laa.
Iera siap dah buat kali ke dua kot.. yang kali ke dua ni request dari en Fazli..

Ok jom kita review resepi dia eh. Resepi ni pon iera ambil dari blog http://yatiememories.blogspot.com/

tima kaseh ya kak yati share resepi nasi ayam yang sedap ni.


Ni dah siap semua hidang tggu makan ja heheh.. pinggan kosong pon dah tersedia ..

Ni la ayam goreng dia.. Hitam ckit sebb kita goreng dengan madu.



NASI AYAM
  • 4 cawan beras (saya guna beras siam)
  • 5 1/2 cawan air ( air dari rebusan ayam, boleh juga guna 2 kiub ayam dan campur dngn 51/2 cwn air)
  • sedikit garam (kalau dah cukup masin tak perlu tambah garam)
  • 2 sudu besar butter
Bahan tumis
  • 4 ulas bawang putih - di hiris
  • 1 inci halia - di hiris
  • 4 btng serai- di ketuk
  • 3 sudu besar minyak
Cara-cara :
  1. Basuh beras, pastu toskan. Ketepikan.
  2. Masukkan 5 cwn air rebusan ayam ke dlm rice cooker. Masukkan beras dan biarkan sebentar.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan 1/2 cawan air, biarkan mendidih dan masukkan ke dlm rice cooker.
  5. Masukkan butter ke dalam periuk dan masak macam biasa.
  6. Bila nasi dah kering gaulkan guna chopstick sekali sekala dan tutup semula.
  7. Bila nasi dah masak, bolehlah hidangkan bersama ayam goreng madu dan sos cili merah dan hitam.
AYAM GORENG MADU
  • 1 ekor ayam- di potong 4 - selebihnya di cincang utk buat sup
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu besar sos tomato
Cara-cara :
  1. Rebus ayam bersama air hingga separuh masak dan keluarkan dari sup tersebut.(Air rebusan ayam inilah buat masak nasi ayam tadi)
  2. Perap ayam bersama kicap, sos tiram,sos tomato dan madu selama 1/2 jam
  3. Goreng ayam dlm minyak terendam. Setelah masak angkat dan toskan.
SOS PEDAS MERAH
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili merah
  • 6 biji cili padi merah/hijau
  • 2 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar gula dan sedikit garam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/2 cwn air masak utk blend bhn2
  • secubit garam
Cara-cara
  1. Kisar bawang putih, cili padi dan cili merah.
  2. Masukkan cuka dan sos cili.Gaul sebati.
  3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah di hidangkan bersama ayam.
SAMBAL KICAP
  • 10biji cili padi hijau/merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/4 cwn kicap(secukupnya)
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit sup ayam
Cara-cara
  1. Bakar bawang putih sekejap.Kisar/tumbuk cili padi bersama dengan bawang putih.
  2. Masukkan dlm mangkuk dan letak kicap.
  3. Masukkan pula gula dan garam secukupnya.
  4.  
    SUP AYAM MUDAH

  • Ayam yang telah dipotong kecil2(bahagian yg lebih/tulang ayam)
  • 2 biji kentang= di potong dadu besar
  • 1 btng carrot- di potong kecil
  • Daun sup/daun bawang dan bawang goreng secukupnya
  • 2 ulas bawang putih(hiris)
  • 2 ulas bawang merah(hiris)
  • 1" halia(hiris)
  • Rempah tumis - 1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 1 biji buah pelaga
  • 1 kiub pati ayam
  • Air secukupnya dlm 4 cwn
  • Garam secukup rasa

Cara-cara :
  1. Masukkan rempah tumis, bahan2 hiris ke dlm periuk bersama 4 cwn air.
  2. Masukkan ayam yg di cincang, kentang dan biarkan sehingga masak. Masukkan kiub pati ayam.
  3. Setelah kentang empuk, masukkan carrot dan gaul sebati. Masukkan garam secukup rasa.
  4. Setelah mendidih, tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama nasi ayam.
  5. Setelah siap boleh di hidangkan dgn taburan daun sup/bawang dan bawang goreng.

Wednesday, April 22, 2015

Susun Atur

     Susun susun susun dan atur aduiiiii... Penat wehh nak mikir camna nak uruskan rumah dengan tersusun.. Susun harini esok dah x tersusun huhuhu.. Sedih kau tengok huhuu...

Setiap hari iera motivateer kan diri  sendiri baca blog-blog susun atur. Bila baca yang kawan2 blogger punya susun atur baru lahh naik semangat sikit nak susun atur rumah seconek aku tuh..  Hi kalu tak pening kot balik kerja hari-hari kemas dan buat benda yang sama je..

Daripada aku dah termotivater dari blog yang aku baca ira dah susunatur kan segala spice and segala macam tepung didapur. Next entry iera cerikan cara iera susun aturkan semua spice dan tepung di dapur ira. Tu pun gunakan rak recyle yang murah jew sebelum nak pikir-pikir berkira duit dalam bank untuk belikan pantry kabinet.

Dalam masa yang sama iera juga dah buat label yang cantik siap ada logo cupcake lagi heheh.. blogger lain sila jangan jeles yew.. sapa nak label yang cantik tuh leh email iera heheh.. Label ni tak jadi masalah bagi iera sebab iera bekerja sebagai designer dan print label nie semua di office iera.


Iera harap susun atur dalam rumah iera akan terikut oleh semua ahli dalam rumah seconek ni heheh.. Sekarang ni Pak Ali hunsband iera pun dah pandai simpan kan pakaian dia sediri n bila ambil barang akan letak di tempat dia semula. 

Pakain pun iera dah asingkan dan susunkan dalam bilik khas untu pakain sahaja.. Jadi bilik tidur cuma ada katil dan meja solek sahaja. Yew laa rumah sewa iera dah laa sempit. Kalau macam sebelum ni bilik tidur nak masuk tidur pon pening tau .. Ye laa bilik sempit tapi segala macam barang kaw nak masuk huhu..

Ok setakat ini sahaja bebelen iera untuk hari ini lepassssnii banyak lagi ni nak cerita heheh..



Friday, April 3, 2015

Rumah tanpa Bibik..Orang Gaji...

Askum ... Kan dah janji nak hupdate blog selalu heheh... Ok harini nak ceta plak  mengenai bibiq..

Ok Ok.. rumah saya x der bibik nk tolong... Kadang2 bila letih time balik kerja dan pakcik M dtg menyinggah terlintas laa di fikiran kalu saya ada bibiq indon sorang kan best.... 



BIBIQ CEPAT ANGKAT KAINN BAJUU.... BIBIK KEMAS DAPUR BASUH BAJU SEMUA HARINI YEW... BIBIQ KERJA RUMAH DAH SIAP......

Wah wah kau iera mengarah mmg no 1 eh.... berangn ja atas tu... sebenarnya saya laa bibiq dalam rumah saya heheh... kalu ada bibiq kan best.. balik kerja rumah dah kemas.. kain baju dah basuh... kain bjau dah angkat dan lipat.. lauk terhidang... (eh eh kau iera veranngan lagi....)

Lately mmg kerja rumah saya serabut sangat.. mmg tak terurus langsung.. Nak g kerja cari baju dalam bakul yang belom terlipat.. cepat2 ion ..  anak tudung letak mana tah.. cari plak.. baju anak dalam bakul.. ohhh penatnya rasa setiap hari begini... hingakan saya rasa takdew masa untuk anak saya.. yew la balik kerja terus masak.. makan malam dan simpan plak.. anak plaq dah ngantuk.. bagi tdur anak saya pun terus tidur sekali bagun pagi siap semu22 terus pergi kerja.. hari-hari macamni mmg meletihkan... Rasa tertekan pon ada.

Tapi saya cuba muhasabah diri macamna nak uruskan semua benda ni.. orang lain boleh lakukan kenapa saya tak bolehkan.. Saya cuba googlekan susun atur rumah dan sebagai rupanya ada cara dia.. saya jew tak tahu..  Saya nak gak jadi superwoman yang bekerja dan tidak mengabaikan rumah tangga.. Insyallah I will start now... 

Saya akan uruskan jadualkan apa yang perlu saya buat.. 

tq.


Wednesday, April 1, 2015

Blog dah berhabuk.....

Berhabuk keww??? Eh tak lahhh heheh.. Perasan jew kau ek iera... Dari tahun september 2013 sampailah april 2015 baru kau teringat nak update blog eh.... ish...ish...

MINTAK MAFF sangat... eh eh tapi ada orang baca kew blog kau nih heheh....

Sebenarnya banyak sangat iera lalui sepanjang iera tak update blog nih. Start dari sebok prepare perkahwinan semua sampailahh after kahwin and sekarang iera dah dalam proses nak dilever baby pertama iera.. Alhamdulillah rezeki dari Allah. Bukan tu je iera dah ambik keputusan dah berhenti kerja dari tempat lama sebab dan alasan yang kukuh adalah mengikut suami..

Sekarang iera dah ada baby Lon Mikail berumur 4 bulan. Sekarang iera tinggal di KL. Ada best dan ada tak best bila menjadi seorang perantau.  Hari ni untuk permulaan iera tulis blog jomm la review dulu gambar iera yang dah lepas. Insyallah satu persatu iera nak cerita mengenai kisah hidup iera..


Ni firstime raya sbgai husband n wife tapi dah ada bby dah dlm pewot heheh...


Ni Mikail Umur ni time dah 4bulan.. Firstime gak bawa dia kuar beriadah hihi..


Ni pic special ckit.. time ni masih dalam pantang dalam umur 20hari camtu tgok dah pandai selfie..



Ok ni gambar tgan ja.. baru 1 hari... 


Ok tu ja untuk hari ni.. Sebenarnya hidup lebih bermakna  bila dah ada anak..

Ok bye esok insyallah kita jumpa lagi.

Monday, September 16, 2013

Stressnyaaa Nak Kahwin

Aku tak tahu la B2B lain, tapi aku, makin dekat hari kahwin, makin stress jadinya..Adoii..actually 
walaupun duit tu bukan segalanya, tapi hampir semua perkara memerlukan duit okay. Entri aku ni
memang meroyan habis and warning to those yang baca sebab penuh dengan cursing &
 harsh words..aku tengah tension gila ni adoii...apakah.
Susah nak kenduri nii kau, padahal ikut hati aku..goreng bihun dahla..pastu bancuh sirap..settle. Tapi adat yang diamalkan kat Malaysia ni ntahla..kang aku cakap 'ntah apa-apa' tak pasal aku kena saman lak. Stress gila oii. Untuk pengetahuan korang, aku sendiri kuarkan 100% untuk belanja keseluruhan. Mak ayah aku bukannya stok tan sri dan datuk datin yang duitnya penuh di bank serata dunia. Aku ni anak orang kampung..mak ayah kerja kampung.






Tapi disebabkan bila aku dah kerja, dan kebetulan lak high post konon2nya, tak pasal2 bajet kawen dah exceeds aku punya bajet. Adooiiii! Setakat takde masa tu aku boleh adakan masa, tapi tang takde duit?? Aku ni tinggal tahap tak rompak bank je lagi..kalau aku ada kemahiran merompak..boleh jadi, ini la waktu yang paling sesuai gamaknya. Pening hoi...
Apakah? setakat nak pakai sehari je pelamin aku kena bayar dekat 2ribu?..tu belum masuk nak beli bahan2 masak lagi..pening kepala aku..photographer lagi..
Ingat gaji aku ni 40ribu sebulan ke apa?ingat aku ni duit petik kat pokok ke apa?




Ayah aku macam biasalah..mana ada risau apa. lagipun aku ni malas nak susahkan family..bukannya ayah aku ada duit pun. celah  mana lak dia nak saving kalau dah memang kami orang susah..Aku taktau sebenarnya nak saving camne lagi..aku cuba la jugak amalkan tips2 yang aku jumpa masa blogwalking yang menasihatkan aku rilek, pegi spa during my wedding..respon aku? **hmmmm...........**
Boleh je rilek kalau kawen dengan anak raja..masalah aku kawen dengan rakyat biasa yang mengalami masalah sama cam manusia lain..tolongla Datuk najib, naikkan gaji saya..tak cukup tahu tak. Kos barang naik dah bertahun2, rate gaji sama je cam dulu2..apakah?

Sebenarnya kalau ikut aku, malas nak layan benda yang abiskan duit..tapi ayah aku n family kang camne..makcik2 jarum mana reti nak diam, bertafakur serta menginsafi diri bila tengok majlis prkahwinan serba sederhana aku seperti yang dianjurkan islam. Maunya dia mencerca malahan memperlekeh serta menjadi bahan kutukan sepanjang zaman..paling aku kesian tentulah my love..sian dia..maafkan aku my hubby.

Tension ni oii...aku memang stress..dahla lagi sebulan nak kawen. Duit memangla ada..tapi lepas kenduri camne?? lagi la tertekan. Sampai satu tahap..my passion fade away, aku nak buat je kenduri..lantaklah sempurna ke tak, asal ada sudah. Aku penat gila nak pikir semua masalah ni..aku dah malas nak pikir nak pakai baju perfect..make up perfect..kasut diva..ahhh..lantak laaa..asal ada sudahhh.

Hmm..penatnya..stress gilaaaaa. Sekarang aku nak pikir jap mana nak cekau duit.ok bye.

Thursday, September 5, 2013

Pertama kali bershopping @ Courts Mammoth



Disebabkan tv kat rumah rosak ayah decide nak beli tv baru. ayah cakap dah tak larat dah nak bawak p pebaik. dah la besar berat plaq tuhh.. meluat kauww asyik usung tv jaa heheh... tgok tak boleh gak.... mula tuh tb kat rumah bawah tuh tgok sekejap dah terpadam aduihhh... tensyennyaa.. tengah layan cite bestt tengok2 terpadam... oi tv nih nak kena nohhh....

Lepas tuh bawak turun laa plaq tv kat atas rumah disebbkan tak dew sapa yang nak tgok... Penat2 usung turun bawah tangok dia plak buat hal.. ish2... menyakitkan hati betul.. Huhu. Bosan weh tak dak tengok tv hahah... dah supa duduk dalam gua...

Time balik kerja ja semalam ayah aku ajak p beli tv cepat2 siap2 nak kuar heheh... caari-cari punya cari kedai courts ja tak tutup lagi. Kedai kat perlis nih kebnyakkan tutup awal dalm pukul 7 dah tutup. Kami keluar dah dekat pukul 9 dah.. mau nak ada kedai yang bukak kan heheh.. Di courts pun kami la customer yang paling last sampai  tutup kedai heheh...

Courts nih kalu ambil harga cash mmg berbaloi kalu time promosi boleh less banyak dari harga asal. Tapai kalu korang beli hutang mmg tak berbaloi heheh... Jom tgok ayah aku tengah bincang dangan salesman courts..heheh...

tengok2 dulu



ni abg sales tjuk tv jenama philips boleh cucuk pendrive heheh

philips dengan samsung ja yang boleh cucuq pendrive.. Tapi samsung sampai 4 ribu


akhir nya philips .. dah senyum dah leh tgok tv malam2.


bawa pulang ke rumah...


Thursday, August 29, 2013

E-day 1 : Baju Kurung Moden... Untuk Bertunang

Huhu okay nak update entry baru heheh.... baju bertunang daripada majlis pertunangan akuarituh... disebabkan aku ni partime taylor jadi buat keputusan untuk jahit baju sendiri.. Tanya diri sendiri ada kew masa nak menjahit ??? heheh... Tema untuk majlis pertungan  pilih nak warna kuning and tiffany blue sikit..nie sebab terpaut dengan baju angkat nikah sapa tah  terjumpa dalam en google heheh.. Rupa-rupanya design by Qudyn..
mmg jatuh hati sangat dengan baju-baju dia... jOm tgok design yang i suka sangat2 nih... Pertunangan Shahreen & Hafeez. Boleh tgok gambar kat sini

 aku nak cari baju yang menepati ciri-ciri moden, versatile, simple, sesuai dan cantik ! mula-mula, aku set mind dulu bahawasanya tunang nie bukan macam kahwin. perlu banyakkan kesederhanaan dan simple. jadi, baju tunang tak seharusnya terlalu sarat dengan beading, tak seharusnya meleret sakan, tak seharusnya sendat mendat, tak seharusnya seksi meksi dan tak seharusnya berwarna menyakitkan mata. tapi tak boleh lah jugak terlalu simple. nanti tak naik seri dengan majlis kita tu pulak. kesimpulannya, cari dan pilih baju yang mampu membuatkan tetamu dan sanak saudara pun sedap memandang kita nanti.












Tp baju aku tak jadi macam apa yang diidamkan heheh...

Sejujurnya, aku memang tak yakin naj gunting baju macm nih . aku tak yakin dengan diri sendiri weh ! aku takut sangat nanti baju aku buat jadi bentuk gemuk kew huhu. ala-ala peplum, nampak cam orang mengandung, arghhh !  siang malam aku pikir benda alah nie sampai tak boleh tido malam dengan tenang. eh betol ke apa yang aku pilih ? betol ke ini yang aku nak pakai nanti ? mampu ke ? ke aku akan jadi DULL ? ini lah antara persoalan-persoalan yang selalu psiko aku. "iqin, cantik hebat macam mana pun baju tu, kalau keyakinan diri takda, baju yang cantik hebat tu pun tak cantik jugak. " kemudian, aku sendiri buat keputusan muktamad baju kurung moden ja huhuhu kain kembang2 sikit huhu... tu jew yang aku mampu buat... n tambah beading n lace warna emas.


 Menyentuh persoalan tipikal yang sering menjadikan bakal pengantin bingung, 'mana satu lebih baik, beli baju tunang sendiri ke atau sewa di butik ?'. okay pada pendapat aku, jawapannya adalah terletak pada kemahuan masing-masing. kalau korang rasa relevan dan lebih bermakna beli atau buat baju sendiri, apa salahnya kan ? kekadang ada sanak saudara atau emak atau nenek kita sendiri nak kita pakai baju diorang zaman dulu-dulu. terkejut ? tak mahu ? geli ? hmmm tak patut lah geli sebenarnya. pakai je apa yang mak korang suruh pakai, lepas tu adalah bergantung kepada kebijaksanaan korang untuk organize majlis yang moden dan klasik ikut tema baju tu. jadi, takda lah baju tu nampak ketinggalan zaman dan tak ada kelas ye tak ? you are what you think ! lagi satu perkara, jimat duit korang tau.

Bagi yang nak baju ikut arus moden dan trend zaman kini, boleh lah keluarkan sikit duit simpanan tu untuk sewa baju di butik demi memuaskan hati korang. tak dinafikan memang baju-baju pengantin sekarang cantik-cantik belaka. tapi ingat, amik dan pilih baju yang ikut kemampuan korang. jangan buat pembaziran ! pilih baju yang betul-betul sesuai dengan kondisi badan korang, bukannya main pilih cantik di mata saja. benda tu pun nak pakai berjam-jam je tapi duit yang dikeluarkan amat tidak berbaloi. Bagi yang nak beli baju sendiri, lagi bagus dan boleh simpan kenangan baju tu sampai ke akhir hayat. aku cadangkan kalau masa nak tunang, boleh la beli baju tu sendiri sebab baju tunang boleh dipakai di masa yang lain. tapi kalau baju kahwin, tak tau lah nak cakap apa. ahaks ! pilih dan beli baju tunang yang fleksibel dengan arus kemodenan kita dengan harga yang berpatutan dan tidak mengarut dek akal. takkan lah korang nak beli baju kurung biasa je kan yang dah mencecah harga standard RM50 ? apatah lagi baju-baju jubah atau busana muslimah tu yang mahu mencecah RM300 RM400. dah beli mahal-mahal lepas tu boleh pakai 3 kali 4 kali je ? duhh. apa-apa pun, banyakkan berbincang dan tanya pendapat orang lain.



Kos yang Ditanggung untuk baju :


Kain Chiffon jojet semeter RM 28.90 less tggal RM 15.90 x 5meter  = RM 79.50
Kain satin untuk lapik yang tak panas dan lembut RM 28.90 x 3.5 meter = RM 101.15
Lace semeter RM38.00 x 1 meter = RM 38.00
Manik Pearl 1 rantai RM 5.00 x 5 rantai = Rm 25.00
Upah Jahit Baju = RM 0.00
Jumlah = RM 243.65





Selamat memilih baju yang terbaik untuk majlis bermakna korang semua !
 terima kasih kerana sudi membaca.
okay, jumpa lagi. bye !