Wednesday, July 31, 2013

Heading Toward a New Chapter

Aku tak tau nak start dari mana....

Hujung tahun lepas i dengan b buat satu keputusan one step foward dalam perhubungan kami setelah 7 tahun begelar sweet couple hehe.. (sweet lahh sangat???)

 B bercadang nak masuk meminang dengan secepat mungkin.. Bila bgi tahu ayah, ayah suh datang merisik dulu... bincang punya bincang dan setkan tarikh merisik sekali dengan meminang... time nihh suka nyaaa... senyumm sampai telinga heheh (sampai kew???).. tarikh yang dibincang dan dipilih mestilah hari cuti kan.. takkan nak buat hari bekerja pulak.... bincang punya bincang ..... ok..  hari raya aidifitri ke 3 yang dipilih 10 ogos 2013.... ok done untuk tarikh....

Tarikh e-day iera & fazli


* Tetap tarikh sahaja pun ambil masa yang lama... ye lar iera nie anak 2 bongsu jadi kena lah ikut cakap2 orang atas jugak huhuu.... tension jugak tau....

memadangkan i akan dirisik dan ditunangkan jadi ayah request 2 bentuk cincin..
cincin merisik satu dan cincin bertunang satu... yehh dapat 2 cincin heheh...

* Cincin ni ayah i yang mintak tau bukan kita heheh... Kesian b kena kuarkan banyak duit.. puasa siang malam laa jawabnya heheh...

to be continue...

Tuesday, July 30, 2013

Dia Jodoh Kita


Jodoh ditentukan oleh Tuhan... Tetapi bagaimana kita boleh menetukan yang dia adalah jodah kita... Dua manusia yang merasakan mereka boleh hidup bersama akan memiliki ikan emosi , spritual dan fizikal antara keduanya yang mungkin akan membawa kebahagian dalam kehidupan seharian.

Apabila bersama, masing2 akan merasai kemanisan cinta yang mereka berdua sahaja yang akan merasainya dan memerlukan satu sama lain. mungkin gerak hati mengatakan bahawa dia lah jodoh kita untuk hidup bersama hingga ke akhir hayat. Jom tengok 10 petanda yang dia adalah jodoh kita..

1. Bersahaja

Ni membawa maksud bahawa pasangan kita jujur dengan kita dan tidak berlakon hanya di depan kita. Sewaktu bercinta semuanya nak nampak cantik, control macho, berlakon semata-mata, cara ketawa, cara makan dan semua yang menampakkan agak kekok dalam pergerakkannya. Jika keadaan ini berlaku dalam kisah percintaan anda maka dia bukan lah jodoh anda yang tepat. jadi cuba perhatikan pasangan anda jika pergerakkan di bersahaja mungkin dia adalah jodoh anda..

2. Senang atau Selesa Bersama

Walaupun kita sentiasa bersama tetapi tiada sedikit pun perasaan yang membosankan, jemu atau tertekan. Semakin hari semakin sayang. Dialah pengubat duka, penenag perasaan, Dia juga merasainya. Rasa senang bersama. Apabila berjauhan teringin mahu berjumpa dengan dan terasa kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Walaupun kita tak cantik tak comel tak putih macam perempuan lain dia tetap terima kita. Walaupun kita mempunyai kisah silam bersama pasangan yang lama dia boleh menerima kita seadanya. Begitu juga sebaliknya.

4. Bersikap Jujur

Allah melarang kita menipu. Bergitu juga dalam perhubungan bersikap jujurlah dengan pasangan anda selagi tidak menyalahi hukum agama. Selagi kejujuran bertakhta di hati kebahagian akan menjadi milik kita. Kejujuran sangat penting apabila kita berjauhan.

5. Percaya mempercayai.

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia itu perlu dikongsi untuk mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, Adakah rahsia kita selamat ditangannya? Bagi mereka yang berjodoh sifat saling mempercayai antara satu lain akan timbul di dalam hati naluri masing-masing. Mereka akan selamat apabila berkongsi rahsia dengan kekasihnya  berbanding rakan yang lain.

6. Senang Bekerjasama.

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita


Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan


Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati


Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi


Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?

“ Manusia merancang, Allah menentukan..”

Friday, July 19, 2013

I LOVE Sewing!!!

LOVE LOVE LOVE Sewing !! nak bagitahu sekali lagi I sangat suka menjahit.  Iera dapat mesin jahit pertama dari kakak sulung iera warna pink.. sangat kecil kalau nak dibandingkan mesin jahit yang iera guna sekarang.. kalu tengok mesti orang akan ingat tu mesin jahit mainan hehe. Mesin Jahit yang kedua kakak iera juga belikan jenama Apple. Tapi bila dah jahit banyak2 tiba2 dia rosak huhu sangat sedih time ni...

Tapi bila iera dah habis belajar, iera bagitahu ayah yang iera nak beli mesin jahit singer yang boleh bayar insurans selama 2 tahun... Okay.. DAH LONCAT LONCAT SERONOK SANGAT HEHE...

Jom tengok pic baju yang iera dah siapkan... with my good friend.. Sewing machine...

So as you can see, Mesin Jahit adalah alat yang hebat. Boleh memberi kepuasan pada sesapa yang sukakanya. dia boleh membantu anda dalam banyak pekara.. So what about you?...