Monday, September 16, 2013

Stressnyaaa Nak Kahwin

Aku tak tahu la B2B lain, tapi aku, makin dekat hari kahwin, makin stress jadinya..Adoii..actually 
walaupun duit tu bukan segalanya, tapi hampir semua perkara memerlukan duit okay. Entri aku ni
memang meroyan habis and warning to those yang baca sebab penuh dengan cursing &
 harsh words..aku tengah tension gila ni adoii...apakah.
Susah nak kenduri nii kau, padahal ikut hati aku..goreng bihun dahla..pastu bancuh sirap..settle. Tapi adat yang diamalkan kat Malaysia ni ntahla..kang aku cakap 'ntah apa-apa' tak pasal aku kena saman lak. Stress gila oii. Untuk pengetahuan korang, aku sendiri kuarkan 100% untuk belanja keseluruhan. Mak ayah aku bukannya stok tan sri dan datuk datin yang duitnya penuh di bank serata dunia. Aku ni anak orang kampung..mak ayah kerja kampung.






Tapi disebabkan bila aku dah kerja, dan kebetulan lak high post konon2nya, tak pasal2 bajet kawen dah exceeds aku punya bajet. Adooiiii! Setakat takde masa tu aku boleh adakan masa, tapi tang takde duit?? Aku ni tinggal tahap tak rompak bank je lagi..kalau aku ada kemahiran merompak..boleh jadi, ini la waktu yang paling sesuai gamaknya. Pening hoi...
Apakah? setakat nak pakai sehari je pelamin aku kena bayar dekat 2ribu?..tu belum masuk nak beli bahan2 masak lagi..pening kepala aku..photographer lagi..
Ingat gaji aku ni 40ribu sebulan ke apa?ingat aku ni duit petik kat pokok ke apa?




Ayah aku macam biasalah..mana ada risau apa. lagipun aku ni malas nak susahkan family..bukannya ayah aku ada duit pun. celah  mana lak dia nak saving kalau dah memang kami orang susah..Aku taktau sebenarnya nak saving camne lagi..aku cuba la jugak amalkan tips2 yang aku jumpa masa blogwalking yang menasihatkan aku rilek, pegi spa during my wedding..respon aku? **hmmmm...........**
Boleh je rilek kalau kawen dengan anak raja..masalah aku kawen dengan rakyat biasa yang mengalami masalah sama cam manusia lain..tolongla Datuk najib, naikkan gaji saya..tak cukup tahu tak. Kos barang naik dah bertahun2, rate gaji sama je cam dulu2..apakah?

Sebenarnya kalau ikut aku, malas nak layan benda yang abiskan duit..tapi ayah aku n family kang camne..makcik2 jarum mana reti nak diam, bertafakur serta menginsafi diri bila tengok majlis prkahwinan serba sederhana aku seperti yang dianjurkan islam. Maunya dia mencerca malahan memperlekeh serta menjadi bahan kutukan sepanjang zaman..paling aku kesian tentulah my love..sian dia..maafkan aku my hubby.

Tension ni oii...aku memang stress..dahla lagi sebulan nak kawen. Duit memangla ada..tapi lepas kenduri camne?? lagi la tertekan. Sampai satu tahap..my passion fade away, aku nak buat je kenduri..lantaklah sempurna ke tak, asal ada sudah. Aku penat gila nak pikir semua masalah ni..aku dah malas nak pikir nak pakai baju perfect..make up perfect..kasut diva..ahhh..lantak laaa..asal ada sudahhh.

Hmm..penatnya..stress gilaaaaa. Sekarang aku nak pikir jap mana nak cekau duit.ok bye.

Thursday, September 5, 2013

Pertama kali bershopping @ Courts Mammoth



Disebabkan tv kat rumah rosak ayah decide nak beli tv baru. ayah cakap dah tak larat dah nak bawak p pebaik. dah la besar berat plaq tuhh.. meluat kauww asyik usung tv jaa heheh... tgok tak boleh gak.... mula tuh tb kat rumah bawah tuh tgok sekejap dah terpadam aduihhh... tensyennyaa.. tengah layan cite bestt tengok2 terpadam... oi tv nih nak kena nohhh....

Lepas tuh bawak turun laa plaq tv kat atas rumah disebbkan tak dew sapa yang nak tgok... Penat2 usung turun bawah tangok dia plak buat hal.. ish2... menyakitkan hati betul.. Huhu. Bosan weh tak dak tengok tv hahah... dah supa duduk dalam gua...

Time balik kerja ja semalam ayah aku ajak p beli tv cepat2 siap2 nak kuar heheh... caari-cari punya cari kedai courts ja tak tutup lagi. Kedai kat perlis nih kebnyakkan tutup awal dalm pukul 7 dah tutup. Kami keluar dah dekat pukul 9 dah.. mau nak ada kedai yang bukak kan heheh.. Di courts pun kami la customer yang paling last sampai  tutup kedai heheh...

Courts nih kalu ambil harga cash mmg berbaloi kalu time promosi boleh less banyak dari harga asal. Tapai kalu korang beli hutang mmg tak berbaloi heheh... Jom tgok ayah aku tengah bincang dangan salesman courts..heheh...

tengok2 dulu



ni abg sales tjuk tv jenama philips boleh cucuk pendrive heheh

philips dengan samsung ja yang boleh cucuq pendrive.. Tapi samsung sampai 4 ribu


akhir nya philips .. dah senyum dah leh tgok tv malam2.


bawa pulang ke rumah...