Thursday, August 29, 2013

E-day 1 : Baju Kurung Moden... Untuk Bertunang

Huhu okay nak update entry baru heheh.... baju bertunang daripada majlis pertunangan akuarituh... disebabkan aku ni partime taylor jadi buat keputusan untuk jahit baju sendiri.. Tanya diri sendiri ada kew masa nak menjahit ??? heheh... Tema untuk majlis pertungan  pilih nak warna kuning and tiffany blue sikit..nie sebab terpaut dengan baju angkat nikah sapa tah  terjumpa dalam en google heheh.. Rupa-rupanya design by Qudyn..
mmg jatuh hati sangat dengan baju-baju dia... jOm tgok design yang i suka sangat2 nih... Pertunangan Shahreen & Hafeez. Boleh tgok gambar kat sini

 aku nak cari baju yang menepati ciri-ciri moden, versatile, simple, sesuai dan cantik ! mula-mula, aku set mind dulu bahawasanya tunang nie bukan macam kahwin. perlu banyakkan kesederhanaan dan simple. jadi, baju tunang tak seharusnya terlalu sarat dengan beading, tak seharusnya meleret sakan, tak seharusnya sendat mendat, tak seharusnya seksi meksi dan tak seharusnya berwarna menyakitkan mata. tapi tak boleh lah jugak terlalu simple. nanti tak naik seri dengan majlis kita tu pulak. kesimpulannya, cari dan pilih baju yang mampu membuatkan tetamu dan sanak saudara pun sedap memandang kita nanti.












Tp baju aku tak jadi macam apa yang diidamkan heheh...

Sejujurnya, aku memang tak yakin naj gunting baju macm nih . aku tak yakin dengan diri sendiri weh ! aku takut sangat nanti baju aku buat jadi bentuk gemuk kew huhu. ala-ala peplum, nampak cam orang mengandung, arghhh !  siang malam aku pikir benda alah nie sampai tak boleh tido malam dengan tenang. eh betol ke apa yang aku pilih ? betol ke ini yang aku nak pakai nanti ? mampu ke ? ke aku akan jadi DULL ? ini lah antara persoalan-persoalan yang selalu psiko aku. "iqin, cantik hebat macam mana pun baju tu, kalau keyakinan diri takda, baju yang cantik hebat tu pun tak cantik jugak. " kemudian, aku sendiri buat keputusan muktamad baju kurung moden ja huhuhu kain kembang2 sikit huhu... tu jew yang aku mampu buat... n tambah beading n lace warna emas.


 Menyentuh persoalan tipikal yang sering menjadikan bakal pengantin bingung, 'mana satu lebih baik, beli baju tunang sendiri ke atau sewa di butik ?'. okay pada pendapat aku, jawapannya adalah terletak pada kemahuan masing-masing. kalau korang rasa relevan dan lebih bermakna beli atau buat baju sendiri, apa salahnya kan ? kekadang ada sanak saudara atau emak atau nenek kita sendiri nak kita pakai baju diorang zaman dulu-dulu. terkejut ? tak mahu ? geli ? hmmm tak patut lah geli sebenarnya. pakai je apa yang mak korang suruh pakai, lepas tu adalah bergantung kepada kebijaksanaan korang untuk organize majlis yang moden dan klasik ikut tema baju tu. jadi, takda lah baju tu nampak ketinggalan zaman dan tak ada kelas ye tak ? you are what you think ! lagi satu perkara, jimat duit korang tau.

Bagi yang nak baju ikut arus moden dan trend zaman kini, boleh lah keluarkan sikit duit simpanan tu untuk sewa baju di butik demi memuaskan hati korang. tak dinafikan memang baju-baju pengantin sekarang cantik-cantik belaka. tapi ingat, amik dan pilih baju yang ikut kemampuan korang. jangan buat pembaziran ! pilih baju yang betul-betul sesuai dengan kondisi badan korang, bukannya main pilih cantik di mata saja. benda tu pun nak pakai berjam-jam je tapi duit yang dikeluarkan amat tidak berbaloi. Bagi yang nak beli baju sendiri, lagi bagus dan boleh simpan kenangan baju tu sampai ke akhir hayat. aku cadangkan kalau masa nak tunang, boleh la beli baju tu sendiri sebab baju tunang boleh dipakai di masa yang lain. tapi kalau baju kahwin, tak tau lah nak cakap apa. ahaks ! pilih dan beli baju tunang yang fleksibel dengan arus kemodenan kita dengan harga yang berpatutan dan tidak mengarut dek akal. takkan lah korang nak beli baju kurung biasa je kan yang dah mencecah harga standard RM50 ? apatah lagi baju-baju jubah atau busana muslimah tu yang mahu mencecah RM300 RM400. dah beli mahal-mahal lepas tu boleh pakai 3 kali 4 kali je ? duhh. apa-apa pun, banyakkan berbincang dan tanya pendapat orang lain.



Kos yang Ditanggung untuk baju :


Kain Chiffon jojet semeter RM 28.90 less tggal RM 15.90 x 5meter  = RM 79.50
Kain satin untuk lapik yang tak panas dan lembut RM 28.90 x 3.5 meter = RM 101.15
Lace semeter RM38.00 x 1 meter = RM 38.00
Manik Pearl 1 rantai RM 5.00 x 5 rantai = Rm 25.00
Upah Jahit Baju = RM 0.00
Jumlah = RM 243.65





Selamat memilih baju yang terbaik untuk majlis bermakna korang semua !
 terima kasih kerana sudi membaca.
okay, jumpa lagi. bye !



No comments:

Post a Comment