Monday, September 16, 2013

Stressnyaaa Nak Kahwin

Aku tak tahu la B2B lain, tapi aku, makin dekat hari kahwin, makin stress jadinya..Adoii..actually 
walaupun duit tu bukan segalanya, tapi hampir semua perkara memerlukan duit okay. Entri aku ni
memang meroyan habis and warning to those yang baca sebab penuh dengan cursing &
 harsh words..aku tengah tension gila ni adoii...apakah.
Susah nak kenduri nii kau, padahal ikut hati aku..goreng bihun dahla..pastu bancuh sirap..settle. Tapi adat yang diamalkan kat Malaysia ni ntahla..kang aku cakap 'ntah apa-apa' tak pasal aku kena saman lak. Stress gila oii. Untuk pengetahuan korang, aku sendiri kuarkan 100% untuk belanja keseluruhan. Mak ayah aku bukannya stok tan sri dan datuk datin yang duitnya penuh di bank serata dunia. Aku ni anak orang kampung..mak ayah kerja kampung.






Tapi disebabkan bila aku dah kerja, dan kebetulan lak high post konon2nya, tak pasal2 bajet kawen dah exceeds aku punya bajet. Adooiiii! Setakat takde masa tu aku boleh adakan masa, tapi tang takde duit?? Aku ni tinggal tahap tak rompak bank je lagi..kalau aku ada kemahiran merompak..boleh jadi, ini la waktu yang paling sesuai gamaknya. Pening hoi...
Apakah? setakat nak pakai sehari je pelamin aku kena bayar dekat 2ribu?..tu belum masuk nak beli bahan2 masak lagi..pening kepala aku..photographer lagi..
Ingat gaji aku ni 40ribu sebulan ke apa?ingat aku ni duit petik kat pokok ke apa?




Ayah aku macam biasalah..mana ada risau apa. lagipun aku ni malas nak susahkan family..bukannya ayah aku ada duit pun. celah  mana lak dia nak saving kalau dah memang kami orang susah..Aku taktau sebenarnya nak saving camne lagi..aku cuba la jugak amalkan tips2 yang aku jumpa masa blogwalking yang menasihatkan aku rilek, pegi spa during my wedding..respon aku? **hmmmm...........**
Boleh je rilek kalau kawen dengan anak raja..masalah aku kawen dengan rakyat biasa yang mengalami masalah sama cam manusia lain..tolongla Datuk najib, naikkan gaji saya..tak cukup tahu tak. Kos barang naik dah bertahun2, rate gaji sama je cam dulu2..apakah?

Sebenarnya kalau ikut aku, malas nak layan benda yang abiskan duit..tapi ayah aku n family kang camne..makcik2 jarum mana reti nak diam, bertafakur serta menginsafi diri bila tengok majlis prkahwinan serba sederhana aku seperti yang dianjurkan islam. Maunya dia mencerca malahan memperlekeh serta menjadi bahan kutukan sepanjang zaman..paling aku kesian tentulah my love..sian dia..maafkan aku my hubby.

Tension ni oii...aku memang stress..dahla lagi sebulan nak kawen. Duit memangla ada..tapi lepas kenduri camne?? lagi la tertekan. Sampai satu tahap..my passion fade away, aku nak buat je kenduri..lantaklah sempurna ke tak, asal ada sudah. Aku penat gila nak pikir semua masalah ni..aku dah malas nak pikir nak pakai baju perfect..make up perfect..kasut diva..ahhh..lantak laaa..asal ada sudahhh.

Hmm..penatnya..stress gilaaaaa. Sekarang aku nak pikir jap mana nak cekau duit.ok bye.

No comments:

Post a Comment